Description
Emotenc 12 SC ialah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif chlorfenapyr 10% daripada kumpulan ‘pyrrole’ dan emamectin benzoate 2% daripada kumpulan ‘avermectin’. Chlorfenapyr bertindak secara sentuhan dan keracunan perut dan emamectin benzoate bertindak secara bukan sistemik yang menembusi tisu daun dengan pergerakan translaminar.
Disyorkan untuk menentang ulat pelombong daun dengan kadar 9ml racun per 10 liter air. Sila rujuk label untuk maklumat selanjutnya.











