Description
Hi-Humic Special adalah sejenis bahan penggalak tumbuhan asli yang dibuat dari humik asid. Ia diproses khas dari tanah yang mengandungi bahan humus yang tinggi. Kandungan humik boleh mempengaruhi pengambilan unsur-unsur makanan dan unsur-unsur mikro melalui akar tumbuhan. Oleh itu Hi-Humic Special adalah bahan yang mustahak untuk kawasan yang menjalankan penanaman secara intensif.
Ciri-ciri selepas pengunaan:
- Menguatkan sistem metabolik tumbuhan, pertumbuhan pengakaran yang lebih baik serta pertumbuhan pada tanaman
- Memperbaiki sistem pengudaraan tanah dan peresapan air
- Menggalakkan pembungaan dan pembentukan buah
- Meninggikan keupayaan penyerapan unsur-unsur nutrien
Cara-cara pengunaan:
- Semburan Foliar: 30-40ml Hi-Humic Special per 18 liter air. Sembur seminggu sekali. Boleh digunakan bersama racun serangga dan racun kulat
- Penyiraman: 40-50ml Hi-Humic Special per 18 liter air. Siram terus ke atas tanah. Cara penyiraman ke atas tanah adalah cara yang paling berkesan terutamanya pada tanah yang rendah kandungan humik







