Description
Funguran-OH ialah sejenis racun kulat yang mengandungi perawis aktif copper hydroxide 77% dari kumpulan ‘inorganic-copper’ yang bertindak secara perlindungan terhadap tumbuh-tumbuhan dari serangan kulat dan bakteria.
Disyorkan untuk menentang hawar phytophthora, hawar alternaria, kulapuk downy, karat, reput buah, lenggai hitam, hawar bebenang, antraknos, reput pangkal, cendawan angin, keruping, hawar lepuh dan karat merah dengan kadar 8g – 11g per 10 liter air. Sila rujuk label untuk maklumat selanjutnya.



